Jihad Islam Mesir

Kumpulan sekutu: Amerika SyarikatJihad Islam Mesir (EIJ, Bahasa Arab: الجهاد الإسلامي المصري‎), atau sering dipanggil dengan beberapa nama seperti Jihad Islam, Tentera Pembebasan Tanah Suci, Kumpulan Jihad dan Pertubuhan Jihad,[3] merupakan kumpulan pejuang Mesir yang aktif sejak 1970-an. Kumpulan ini disekat secara besar-besaran oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana mempunyai rangkaian dengan kumpulan Al-Qaeda.[4] Ia juga diharamkan di beberapa negara.[5] Kumpulan ini disenarai sebagai Pertubuhan Yang Dituntut di United Kingdom di bawah Akta Keganasan 2000.[6]Matlamat asas pertubuhan ini adalah untuk menjatuhkan pemerintah Mesir dan menggantikannya dengan negara Islam. Kemudian ia meluaskan sasarannya dengan menyerang kepentingan Amerika Syarikat dan Israel yang ada di Mesir dan luar negara.Rentetan daripada Revolusi Mesir 2011, beberapa bekas pemimpin kumpulan ini menuuhkan sebuah parti politik di Mesir atas nama Parti Islam, yang turut menjadi anggota Perikatan Antirampasan Kuasa yang berlaku pada rampasan kuasa Mesir 2013.[7]